Dec 12, 2013

kisah sab-wey.

aku pergi oder satu set makanan konon konon macam set breakfast sausage mc muffin with egg dekat mekdi. kekonon lah. sebabnya ada scramble egg, roti dengan daging. ya, daging tu macam daging burger kau beli dekat gerai kecil tepi lorong. bezanya, daging tu baru nak disalai. haa seram tak? kehkeh

"abang, semua brapa ringgit?"
"eh, tak payah bayar. sebab ni tuan kenduri dah bayar."

aku angguk angguk seronok. ye lah, pernah kau pergi kenduri orang buat gerai macam ni? sambil mata tak lepas tengok sebuku daging yang abang tu belum salai. alahai, sedapnya nak makan daging ni. aku kembali ke tempat duduk.

tiba tiba, aku dapat suatu nota. nota yang penuh dengan satu solusi. mungkin mahu aku selesaikan. dalamnya tertulis,

pelbagai bentuk dimasukkan. keluarkan bujur selepas 10 minit. 
kemudian bentuk lain lain dengan segera kecuali bentuk segi empat tepat. 
hati hati. 

ya, aku terkedu. dan cemas. entah kemana aku lari. meninggalkan sebentar pesanan set makanan daging salai aku tadi. aku nampak sebuah peti tidak jauh dari tempat aku. mungkin agak lengang di situ. mungkin sebab tiba tiba orang ramai hilang sencara perlahan. ya, pelik itu aku tak sempat fikirkan. peti tu besar. besi. tapi penuh dengan rak rak kecil yang boleh ditarik. bila ditarik, ada acuan acuan kecil. juga besi. aku nampak bujur, bulat, segi empat, segi tiga, sebagainya. aku baca kembali kertas nota kecil tersebut. dalam keadaan cemas, bagaimana dapat aku hadam satu satu arahan yang diminta. aku tarik nafas dalam sejuk suhu disitu. aku lihat jam. mungkin sudah 10 minit. aku tarik satu per satu rak besi dihadapan. berat. acuan acuan bentuk bujur aku cari dan keluarkan. ya, acuan tu umpama roti roti kecil. aku keluarkan dengan segera. selesai acuan bentuk bujur. fuh! 

bentuk lain kecuali segi empat tepat.

aku termenung sejenak. semuanya tapi bukan segi empat. ingat. aku tarik lagi rak besi tersebut. satu per satu. ya, semula dari atas. hairan, bentuk bentuk yang asalnya bukan segi empat sebelum ni, semuanya jadi segi empat. tapi hanya satu yang tetap dengan segi empat tepat. aku keluarkan. keluarkan semua tapi bukan segi empat tepat. selesai.

hati hati.

aku lihat hanya tinggal satu acuan segi empat tepat. ya, kenapa acuan ini nyala dengan penuh kemerahan? apa maksud hati hati yang ingin disampaikan. patut aku keluarkan, atau biarkan? entah dari mana, aku menjerit sekuat hati acuan ini mungkin akan meletup. kecil atau kuat letupannya, itu aku tak pasti. aneh, bila seseorang muncul lalu berikan aku bekas yang berisi penuh ketulan ketulan ais. mungkin acuan itu perlu dimasukkan dalam bekas berisi ais tersebut. mungkin ya, mungkin tidak. ia boleh meletup bila bila masa sahaja. mungkin ketika aku pegang acuan tersebut juga. tapi mungkin tiada masa lagi untuk aku terus berfikir. aku tarik rak acuan tersebut. aku pegang dengan penuh hati hati. merahnya terlalu menyala. aku masukkan ke dalam bekas berisi ais dengan segera. dalam aku sumbat. tangan aku keluarkan. dan muncul cahaya yang entah tiba tiba memantul. ya, cahaya merah. macam darah.

aku kembali ke tempat duduk aku. ya, masih teringat daging salai aku tadi bukan? pesanan sampai. aku marah. tiada daging salai. hanya roti dan scramble egg. aku ke gerai semula. tapi kosong. gerai tu dah tutup. 

aku tanya, "mana daging salai aku???"
entah dari mana suara datang, "dia dah tipu tuan kenduri. dah lari."

bagaimana dia lari tanpa lengkapkan set makanan aku dengan daging salai? ya, itu masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. kemudian, aku terdengar suara bayi menangis. dan badannya penuh dengan darah. dia keseorang. tiada orang lain pedulikan suara bayi tersebut. dan aku teringat, mereka mungkin masih terbayang wabak zombi. khuatir bayi tersebut juga zombi yang akan merobek hati mereka dengan rakus. tapi naluri aku kuat mengatakan bayi tersebut bukanlah zombi. tangisannya tulen. dalam mencari suara bayi tersebut, aku melalui satu kawasan. penuh dengan mayat bergelimpangan. tapi bukan darah yang menghiasi tubuh mereka. ia penuh dengan sos mustard. ya, kuning. umpama darah mereka bukanlah merah, tetapi kuning. mustard. adakah hanya aku yang melihat perkara sebegini? aku pejam mata, buka kembali. ya, tetap sama. aku lihat orang sebelah. 

"kenapa semuanya dalam sos mustard?"
"apa kau merepek? mana sos?"
aku mula hairan. apa dia tidak nampak apa yang aku sedang lihat sekarang?
"kenapa semuanya mati dengan sos mustard?"
"kau kenapa budak? aku tidak nampak apa apa. kau gila?"

sah, hanya aku. aku tak pasti. aku dah mula bingung. aku terus mencari suara bayi tersebut. mencari dah mencari disamping aku elak mayat mayat bergelimpangan dengan sos mustard. akhirnya aku temui. bukanlah bayi yang terlalu kecil, tapi sungguh menyanyat hati melihat badan yang penuh dengan darah. aku dukung bayi itu. ya, mahu bawa pulang untuk dimandikan. comotnya bukan dengan coklat, tapi comotnya dengan warna darah, merah.  

tiba di rumah, entah dari mana datangnya dua lagi bayi turut berlumuran dengan warna merah. aku mandikan ketiga-tiganya. warna merah turun bersama-sama air. terserlah wajah kecomelan bayi bayi tersebut. suara datang mengatakan hanya aku yang nampak mayat-mayat bergelimpangan dengan sos mustard kerana hanya aku yang lihat cahaya merah acuan segi empat tepat sebelum ini. dan dimataku, hanya orang mati yang aku lihat darah mereka adalah kuning, bukannya merah. dan jika darah merah yang aku lihat, bermakna mereka masih hidup. sama seperti bayi bayi yang aku mandikan. dan aku terus terpaku mendengan penjelasan tersebut.


p.s: kisah benar. hati-hati bila makan sab-wey.

Nov 30, 2013

sahabat,

apalah erti sahabat tanpa pertemuan.
apalah erti sahabat tanpa rancangan. 
apalah erti sahabat tanpa ikatan.
apalah erti sahabat tanpa pengalaman.

apalah erti sahabat jika dikhianati.
apalah erti sahabat jika disakiti.
apalah erti sahabat jika membenci.
apalah erti sahabat jika rahsia tidak dikunci.



sahabat, 

apalah erti sahabat jika dia tidak ambil peduli.
apalah erti sahabat jika dia tidak disisi.
apalah erti sahabat jika dia pergi.
apalah erti sahabat jika dia tidak kembali.

sahabat itu bukan sekadar kawan biasa. bukan juga rakan gelak tawa bersama. 
sahabat itu, lebih bermakna jika segalanya dikongsi, dijaga, dan disayangi. ya, terima kasih, sahabat :')

Oct 24, 2013

kisah MOTAN

kaki aku luka besar masa tu. aku jalan pun senget senget. ada orang nak bawa aku ke klinik katanya. aku tunggu. dan tunggu. sehingga satu saat, aku terpandang sesuatu di luar tingkap. rupanya seakan monyet, tapi lebih comel macam orang utan, dan lebih menakutkan, warnanya biru!

aku terpesona saat main hendap hendap dengan 'motan' itu. ya, aku gelar dia motan gabungan monyet dan orang utan. ah, motan tu macam comel juga bunyinya. hairan aku kenapa dia tenung aku begitu. renungan seperti jumpa tuan baru, mungkin?

tiba tiba entah dari mana motan datang melompat ke arah kaki aku! argh, kaki aku tengah sakit sial. kini aku faham renungan itu, renungan yang mungkin sebenarnya dahagakan darah. ya, darah. gerun? haha. silakan.
aku terkejut dan melompat sedikit ke belakang. motan menghampiri. ya, dan kini gayanya macam anjing liar yang cuba menyerang kau. aku beranikan diri. tendang motan perlahan dengan kaki, seolah bermain dengan kucing. kenapa terlalu banyak haiwan cuba aku gambarkan sekarang? motan ke belakang pula. ya, ya, dia tidaklah gerun seperti yang aku sangkakan walaupun jauh di sudut jantung macam nak pecah.

aku tanya seseorang, seseorang yang nak bawa aku klinik padahal sampai sudah dia tengah online mengadap laptop main candy crush, "Lisa, ni apa ni? binatang apa ni?" Lisa namanya. jangan tanya kenapa aku suka letak nama Lisa. mungkin bunyi yang terlalu feminin dan comel. Lisa menoleh sekali imbas. "ohhh.." sambungnya lagi, "tu POKEMON!" dan aku terjaga dari mimpi. cis! tak sempat aku tangkap motan masuk dalam pokeball.

sekian.

p.s: jaga-jaga. ini kisah benar.

Aug 30, 2013

Drama Tipikal.

tunang kena kacau, tunang curang, girlfriend kena paksa kawin dengan orang lain, family suruh tu, family suruh ni, hati nak dia, dia nak aku. eh.

novel sangat. drama semua ada. menyampah. cliche tahu.




Aug 29, 2013

Kunyah Papan Kekunci

sebenarnya, sekarang aku tengah tenung skrin kosong. dah berlubang skrin aku tengok, otak aku dah banyak berkata. terlalu banyak. cuma jari ni kaku menari nari. ewah.

aku bukanlah peminat Kpop macam gadis gadis dan teruna teruna di luar sana yang obsesi gila gilakan. hairan aku. tiada benda yang aku kagum tentang ini kecuali muka muka yang kadang kadang aku rasa cukup minta pelempang. aku bukan peminat runningman, menontonnya pun tak pernah. ya, mohon marah sekarang. 

tahu iklan aplikasi telefon pintar abad ini yang menggunakan mereka sebagai pelaris aplikasi? ya, ya, aplikasi yang selalu diulang tayang dalam tv yang aku rasa mereka memang mengalami kecelaruan identiti. ya, mohon baling cawan sekarang!

kajian jalanan aku sepanjang di Korea, amboi, -ini korang boleh close [x] entry skarang! tiada teruna atau gadis yang mengalami kecelaruan jantina di sana. boleh dikatakan semuanya ada identiti. itu aku bangga. sebabnya yang dah terpengaruh tu, aku harap masih boleh diselamatkan. kajian aku lagi, haih. kulit mereka semua flawless, pimpleless, cleanless, gebuless, tegangless. -okay belikan aku dictionary baru. 
pendek kata, lelaki, perempuan semuanya kulit cantik. mungkin cuaca yang sejuk sampai kau pakai baju 5 lapis pun jari kau boleh kebas 3 kali tanpa henti. atau mungkin pemakanan yang berkhasiat? lol. pakar nutrisi sangat. tapi aku rasa sebab penampilan 'less less less' yang aku katakan tadi lah yang jadi punca utama teruna teruna dan gegadis fobiaaaaaaa tengok drama bersiri sana atau jugak runningman. terus meraung, mengekek gelak macam perlu didiagnos. tapi untuk aku setakat ini, fobia  benda alah macam ni tiada. dan aku harap takkan ada. mungkin sebab aku lebih fobia dengan drama drama CSI even aku bukan pelajar terbaik dekan setiap sem jurusan sains forensik. -berangan.

p.s: ramai kirim belikan poster Big Bang, CN Blue, sweater RunningMan, etc pasal jadah kpop ni. satu pun aku tak belikan sebab bimbang aku juga kecelaruan identiti nanti.

Aug 27, 2013

mentos blueberry.

mitos- bila kau teringat seseorang yang jauh, orang jauh tu pun akan ingat kau. jauh atau dekat, persoalan sekarang, sejauh mana kebenaran? lol.

mitos- bila seseorang masuk mimpi kau, dikata orang tu rindu kau. eh?

mitos- bila tengah makan tetiba tergigit lidah, ada orang tengah mengata cukup cukup belakang kau ha. terasa?

kau ingat kawan sebelah rumah kau yang kau jarang jumpa sebab dia dah jadi bini orang. agak agak dia ingat kau tak? kau mimpi Lisa Surihani, jadi Lisa Surihani rindu kau? walhal tak pernah kau calling-calling dengan dia. motif sangat. kau tengah kusyuk makan pavlova tiba tiba tergigit lidah, terus kau cakap ada orang tengah kutuk kau. amboi? confidentnya kau. bukan kau tergigit lidah sebab kau gelojoh makan pavlova macam pavlova tu kau sorang yang punya? ha? terasa? 





Jun 25, 2013

Kisah di Resipi Rahsia. - part 1

"15 minit sebelum kertas peperiksaan tamat. anda tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan sehingga selesainya kertas peperiksaan. terima kasih." tangan masih laju menulis. otak berlari ke sana-sini mengeluarkan bait bait perkataan yang sesuai. hati meluah segala yang terbuku di ceruk otak. ah, masa ni jugak perut aku memulas. sabar. sikit lagi. 

"masa telah tamat. berhenti menulis. sila hantar kertas soalan anda bersama buku jawapan ke hadapan dewan dengan teratur. sekian, terima kasih." tangan cuba melengkapkan ayat terakhir. selesai. aku tersenyum. entah puas mengarang cerita, atau puas selesai satu beban. hilang sakit perut tiba-tiba. mengada betul. kertas soalan dihantar bersama buku jawapan dengan langkah longlai. punggung kebas, tangan lenguh, pinggang sengal. semua gara-gara duduk lama dalam dewan peperiksaan yang sejuk bak wayang tengah malam di hujung minggu. 

itu aku dahulu. 7 tahun yang lalu. budak yang serba serbi hingus dalam bidang penulisan sastera. walaupun aku kini seorang penulis bebas, seni sastera itu tidak aku lupa. sesungguhnya, seni sastera itu asas untuk aku berkarya. karya yang lebih kepada urban kontemporari. asas sastera itulah yang mengindahkan karya urban aku. "stesyen berikutnya, Kajang. next station, Kajang". aku duduk tenang melihat permandangan luar. otak ligat berfikir mencari sebarang inspirasi yang mungkin timbul. hampa. bunyi gesel antara train dan landasan menarik aku untuk terus khayal melihat permandangan kota raya sekitar bandar.

"stesyen berikutnya, "KL Sentral. next station, KL Sentral". lantas aku bangun menuju ke pintu. tujuan sebenar aku ke sini sebenarnya negatif. langsung aku tak rancang nak ke mana-mana. "maaf! maaf!" adus. sakit betul perempuan ni langgar. nampak lembut, badan macam batu. "sokayy. you dah langgar pun." aku berambus keluar dari train sambil gosok bahu kiri aku. sengal. laju aku hayun kaki ke Secret Recipe. dah kenapa perut aku mengidam kek pulak. "banana baked cheese dengan latte satu". berhemah aku pesan sebab waiter cun. aku lihat ramai orang lalu lalang dengan bagasi bagasi yang saiz boleh muat 6 ekor ayam kampung. oh lupa, handphone cekia dikeluarkan. CHECK-IN SECRET RECIPE, KL SENTRAL. status: "a slice of cake, please. #foreveralone". tipikalnya manusia sekarang dengan gajet canggih. semakin bijak gajet, semakin biol manusia. haih. ngomel aku sorang-sorang tak kemana peribahasa ni. hehe. kek aku sampai. sempat aku buat muka comel depan waiter cun tu. sedang aku kusyuk makan, tiba-tiba datang gadis yang aku rasa macam pernah tengok. ah, ni gadis batu tadi. apa dia nak ni?

"awak, sorry. tempat lain full. saya duduk sini boleh?" tak sempat aku jawab, dia dah duduk. wah, tak perasan aku kerusi meja semua dah penuh. kusyuk betul aku dengan kek ni. eh. eh. kalau aku ada awek, sah sah jadi isu tau. KISAH CURANG DI SECRET RECIPE. ewah. berangan. aku angguk, sambung makan kek aku. peduli apa. perut didahulukan. tiba-tiba aku pulak rasa awkwardddd. hehh. susah jadi lelaki ni. "tak makan?" aku tanya antara dengar tak dengar. malu apa woi. "dah pesan tadi. kejap lagi sampai la." "ohh.. okay." ah, takkan aku nak tanya nama, umur, status bagai. tak tak. perempuan kena mula dulu. "awak, sorry pasal tadi. tak sengaja. ada orang tertolak tadi. maaf ye." kejap maaf. kejap sorry. hish. nak defensive sangat kenapa. "eh tak pe, train tu memang tempat orang tolak tolak. I dah biasa." a,ah kau. biasa la. yang sarkastik sangat kenapa? manners mana, manners? "emm.. saya Jiji. awak?" haaa aku dah kata. perempuan mesti introduce diri dulu. nampak permainan di situ? "call me El." dan pesanannya pun sampai. masing-masing diam. sedang menikmati kek masing-masing atau, mungkin mencari sesuatu yang boleh dibual. tapi hampa, mulut masing-masing kena gam gajah. sampai la kek dan latte aku licin, "you, I gotta go. nice to meet you, Jiji." belum sempat Jiji membalas, kad nama dihulur. wah, advance betul cewek ni. "nah. i'd like to say sorry once again. kalau awak ada masa lapang, bila-bila kita boleh makan kek sama-sama lagi." nadanya mendatar. aku tak dengar macam dia flirt aku. alaa. hm. "okay thanks. see ya." WHATTT? apa aku cakap tadi? hm abaikan. kbye.