Dec 12, 2013

kisah sab-wey.

aku pergi oder satu set makanan konon konon macam set breakfast sausage mc muffin with egg dekat mekdi. kekonon lah. sebabnya ada scramble egg, roti dengan daging. ya, daging tu macam daging burger kau beli dekat gerai kecil tepi lorong. bezanya, daging tu baru nak disalai. haa seram tak? kehkeh

"abang, semua brapa ringgit?"
"eh, tak payah bayar. sebab ni tuan kenduri dah bayar."

aku angguk angguk seronok. ye lah, pernah kau pergi kenduri orang buat gerai macam ni? sambil mata tak lepas tengok sebuku daging yang abang tu belum salai. alahai, sedapnya nak makan daging ni. aku kembali ke tempat duduk.

tiba tiba, aku dapat suatu nota. nota yang penuh dengan satu solusi. mungkin mahu aku selesaikan. dalamnya tertulis,

pelbagai bentuk dimasukkan. keluarkan bujur selepas 10 minit. 
kemudian bentuk lain lain dengan segera kecuali bentuk segi empat tepat. 
hati hati. 

ya, aku terkedu. dan cemas. entah kemana aku lari. meninggalkan sebentar pesanan set makanan daging salai aku tadi. aku nampak sebuah peti tidak jauh dari tempat aku. mungkin agak lengang di situ. mungkin sebab tiba tiba orang ramai hilang sencara perlahan. ya, pelik itu aku tak sempat fikirkan. peti tu besar. besi. tapi penuh dengan rak rak kecil yang boleh ditarik. bila ditarik, ada acuan acuan kecil. juga besi. aku nampak bujur, bulat, segi empat, segi tiga, sebagainya. aku baca kembali kertas nota kecil tersebut. dalam keadaan cemas, bagaimana dapat aku hadam satu satu arahan yang diminta. aku tarik nafas dalam sejuk suhu disitu. aku lihat jam. mungkin sudah 10 minit. aku tarik satu per satu rak besi dihadapan. berat. acuan acuan bentuk bujur aku cari dan keluarkan. ya, acuan tu umpama roti roti kecil. aku keluarkan dengan segera. selesai acuan bentuk bujur. fuh! 

bentuk lain kecuali segi empat tepat.

aku termenung sejenak. semuanya tapi bukan segi empat. ingat. aku tarik lagi rak besi tersebut. satu per satu. ya, semula dari atas. hairan, bentuk bentuk yang asalnya bukan segi empat sebelum ni, semuanya jadi segi empat. tapi hanya satu yang tetap dengan segi empat tepat. aku keluarkan. keluarkan semua tapi bukan segi empat tepat. selesai.

hati hati.

aku lihat hanya tinggal satu acuan segi empat tepat. ya, kenapa acuan ini nyala dengan penuh kemerahan? apa maksud hati hati yang ingin disampaikan. patut aku keluarkan, atau biarkan? entah dari mana, aku menjerit sekuat hati acuan ini mungkin akan meletup. kecil atau kuat letupannya, itu aku tak pasti. aneh, bila seseorang muncul lalu berikan aku bekas yang berisi penuh ketulan ketulan ais. mungkin acuan itu perlu dimasukkan dalam bekas berisi ais tersebut. mungkin ya, mungkin tidak. ia boleh meletup bila bila masa sahaja. mungkin ketika aku pegang acuan tersebut juga. tapi mungkin tiada masa lagi untuk aku terus berfikir. aku tarik rak acuan tersebut. aku pegang dengan penuh hati hati. merahnya terlalu menyala. aku masukkan ke dalam bekas berisi ais dengan segera. dalam aku sumbat. tangan aku keluarkan. dan muncul cahaya yang entah tiba tiba memantul. ya, cahaya merah. macam darah.

aku kembali ke tempat duduk aku. ya, masih teringat daging salai aku tadi bukan? pesanan sampai. aku marah. tiada daging salai. hanya roti dan scramble egg. aku ke gerai semula. tapi kosong. gerai tu dah tutup. 

aku tanya, "mana daging salai aku???"
entah dari mana suara datang, "dia dah tipu tuan kenduri. dah lari."

bagaimana dia lari tanpa lengkapkan set makanan aku dengan daging salai? ya, itu masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. kemudian, aku terdengar suara bayi menangis. dan badannya penuh dengan darah. dia keseorang. tiada orang lain pedulikan suara bayi tersebut. dan aku teringat, mereka mungkin masih terbayang wabak zombi. khuatir bayi tersebut juga zombi yang akan merobek hati mereka dengan rakus. tapi naluri aku kuat mengatakan bayi tersebut bukanlah zombi. tangisannya tulen. dalam mencari suara bayi tersebut, aku melalui satu kawasan. penuh dengan mayat bergelimpangan. tapi bukan darah yang menghiasi tubuh mereka. ia penuh dengan sos mustard. ya, kuning. umpama darah mereka bukanlah merah, tetapi kuning. mustard. adakah hanya aku yang melihat perkara sebegini? aku pejam mata, buka kembali. ya, tetap sama. aku lihat orang sebelah. 

"kenapa semuanya dalam sos mustard?"
"apa kau merepek? mana sos?"
aku mula hairan. apa dia tidak nampak apa yang aku sedang lihat sekarang?
"kenapa semuanya mati dengan sos mustard?"
"kau kenapa budak? aku tidak nampak apa apa. kau gila?"

sah, hanya aku. aku tak pasti. aku dah mula bingung. aku terus mencari suara bayi tersebut. mencari dah mencari disamping aku elak mayat mayat bergelimpangan dengan sos mustard. akhirnya aku temui. bukanlah bayi yang terlalu kecil, tapi sungguh menyanyat hati melihat badan yang penuh dengan darah. aku dukung bayi itu. ya, mahu bawa pulang untuk dimandikan. comotnya bukan dengan coklat, tapi comotnya dengan warna darah, merah.  

tiba di rumah, entah dari mana datangnya dua lagi bayi turut berlumuran dengan warna merah. aku mandikan ketiga-tiganya. warna merah turun bersama-sama air. terserlah wajah kecomelan bayi bayi tersebut. suara datang mengatakan hanya aku yang nampak mayat-mayat bergelimpangan dengan sos mustard kerana hanya aku yang lihat cahaya merah acuan segi empat tepat sebelum ini. dan dimataku, hanya orang mati yang aku lihat darah mereka adalah kuning, bukannya merah. dan jika darah merah yang aku lihat, bermakna mereka masih hidup. sama seperti bayi bayi yang aku mandikan. dan aku terus terpaku mendengan penjelasan tersebut.


p.s: kisah benar. hati-hati bila makan sab-wey.

No comments:

Post a Comment