Aku lihat kau pergi. Jauh. Jauh. Makin jauh.
Kau mungkin tak pernah perasan aku di sini.
Sendiri. Argh, perlu kau kisah? Hati ni memberontak sendiri.
Suatu hari, kau pergi lagi. Aku lihat jauh. Bila
agaknya kau akan tarik tanganku bawa pergi bersama? Aku tunggu saat itu. Dan
aku tahu, saat itu tidak mungkin ada.
Suatu hari, kau pergi bersama seseorang. Aku lihat
lagi. Jauh. Sedih. Pilu. Ditusuk-tusuk hati aku. Tertanya-tanya aku siapa dia
disisi kau tika itu? Jadi bagaimana aku disini? Argh, perlu kau kisah? Kau tak
pernah perasan aku di sini. Kau dengan dia. Dia. Si dia yang disebelah kau
sekarang. Erat peluk engkau disisi. Hati memberontak lagi.
Suatu hari, kau berdiri di hadapanku. Aku kaget.
Engkau duduk disisiku. Aku senyap. Terus kaget. Jantung berdebar-debar. Adakah
kau mulai sedar kehadiranku disini? Argh, sabar lah! Kau berdehem. Aku terus
diam. Kaget lagi. Jual mahal mungkin. Kau tanya aku sendirian? Aku kaku. Kau
ulang sekali lagi. Aku renung mata kau. Tepat. Jantungku seakan nak tersumbat
tahu. Aku lihat depan. Cuba berlagak tenang menjawab tidak, aku bersama
seseorang. Kau mula hendak bangun. Hatiku cemas, lidahku lancar umpama air
sungai menyebut duduklah kau. Kau terkejut. Aku tertunduk. Kau duduklah. Aku
sendiri. Tiada siapa peduli. Agak pasrah bunyinya. Kau hulurkan tangan. Kenapa
kau beri aku kejutan begini? Salam perkenalan katanya. Oh, baru aku tahu nama
kau. Manis. Comel. Sesuai dengan kau. Aku? Oh, selamat berkenalan. Terima kasih
setelah dipuji kembali. Maka saat itu, kami mula berkenalan.
Masih ingat kau bersama seseorang dahulu? Yang aku
lihat erat peluk kau depan aku kala itu? Aku tertanya-tanya hingga kini. Sampai
suatu masa, di tempat yang sama kita berkenalan, aku tanya engkau siapa dia.
Kau kata dia kekasih hati kau. Aku sabar. Harap engkau sambung lagi. Tapi kau
diam. Nampaknya mereka masih bersama. Ya, hatiku harap mereka tidak lagi
bersama. Jahat? Jangan kata kau baiklah. Aku dah lama berharap sebegitu. Sejak
aku di sini. Faham kan?
Suatu hari, di tempat yang sama. Kau nampak sedih.
Aku tanya mengapa walaupun aku dapat meneka kenapa. Benar, kau sedih kerana
kekasih hati. Kekasih hati pergi tanpa meninggalkan sebarang berita bersama
kekasih hati lain. Dunia. Kenapa tidak pernah bersyukur? Kenapa terlalu tamak?
Kenapa terlalu memilih? Aku pegang erat tangan kau. Ku tatap dalam mata hitam
engkau. Kenapa aku turut rasa sedih? Ah, aku benci sedih sebegini. Kau sebut
namaku. Perlahan. Kau serba salah. Aku tetap pandang engkau. Dalam. Kau sudi
jadi kekasih hatiku dari hari pertama kita berkenalan, kini, dan selamanya? Aku
kaget. Kenapa kau terlalu penuh dengan kejutan. Sandiwara apa kau waktu-waktu
begini? Dia pandang ke dalam mataku. Benar-benar dalam rasanya. Aku keliru.
Antara tidak percaya, gembira, sedih, terharu, teruja. Kalau kau boleh nampak
belahan-belahan hati aku antara semua perasaan itu, kau mungkin terkejut dan
terus lari tinggalkan aku. Tapi, aku salah. Kau tetap disitu. Menunggu jawapan
aku. Perlu aku kisah? Ya. Kali ini kau perlu. Aku renung matanya kembali.
Sesungguhnya lutut aku sangat lemah tika itu walaupun aku sedang duduk dan
bukannya berdiri. Tidakku sangka saat ini tiba juga. Aku tersenyum dalam
tangisan terharu. Kau kucup dahiku lembut. Argh, aku benci kau comel begini.
No comments:
Post a Comment